
Malaysia’s Fashion Blog and Online Shopping Directory
We have so many projects up our sleeves just to make you happy, shoppers!:) We have another secret project in the making too, but for now, enjoy the feedback page:)

Emmagem.com has come up with a feedback system for all online shops listed on the Malaysian Online Shopping Directory. Each shop can apply for a feedback page and it is fully managed by emmagem.com.
Before you head on to our MOFSD to shop online, be sure to check out their feedback page and see what other shoppers has said about their shop’s policies, shipping and overall rating!:)
Online shopping in Malaysia has been around for almost a year now. It has been flourishing and of course, when there’s a lot of demand for it, there would be a lot of complaints and praises for the online shops.
Emmagem.com has been listing all online shops in Malaysia in its Malaysian Online Shopping Directory. Ever since then, we have received a lot of emails concerning the shops that were listed.
Some were praises and others were complaints. Emmagem holds no responsibility on how the shops do their transactions, but all we can provide is a place where customers can leave comments and feedbacks on their transactions with the shops.
We have then made a feedback page for any e-shop that needs to show the public that they are doing a good job at delivering what they are selling and are honest business people!:)
It is very easy to leave a feedback, even my pet parrot can do it:)
That’s all!
Example: Clothes For Fun now has 31 positive feedbacks!!! That shows how much people believe in her and just see the feedbacks given! Its all praises and this shows how good the seller is at her job! Yay to Clothes For Fun. Leave Clothes For Fun a feedback now
Check out these feedback pages and leave a feedback for them if you’ve shopped with them before!:)
Sign up now to join the Online Sellers Exclusive Club! How? Click “Read More”
Omg! We’ve been featured on Berita Harian! Click Click!
Thanks, Lisa for informing us. . . .
Uberlove e boutique too was featured!:) Yeay to online shopping!
Beli-belah guna ‘tetikus’
Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my
Berbelanja di internet penuhi keperluan masa kini
SIAPA sangka kecanggihan teknologi internet sekarang mampu membawa anda melalui pengembaraan menakjubkan - membeli belah dengan hanya satu ‘klik’ mengikut kemampuan dan cita rasa sendiri.
Dengan hanya menekan tetikus, apa saja yang dihajati daripada ribuan koleksi barangan dagangan di internet boleh diperoleh dengan mudah, ringkas dan murah.
Bermula daripada barangan asas keperluan harian, perhiasan, fesyen, dekorasi rumah, perabot, barangan terpakai hinggalah sekecil aksesori perhiasan diri, semuanya dijual di laman web sebagai alternatif terkini membeli-belah pengguna urban.Membeli-belah secara online atau lebih dikenali sebagai online shopping menjadi antara fenomena baru di kalangan pelayar internet. Menyajikan 1,001 pilihan dan alternatif terkini buat penggemar teknologi maklumat (IT) yang enggan berganjak dari skrin komputer peribadi atau laptop, online shopping semakin menjadi pilihan kerana pelbagai variasi dan tawaran menarik pada harga berpatutan.
Alternatif membeli-belah di internet tambah menyeronokkan apabila pelayar internet berpeluang membuat perbandingan harga barang dagangan di internet secara langsung sebelum membuat keputusan membelinya atau tidak.
Jika sudah berkenan dengan barangan tertentu, urusan pembeliannya pula cukup mudah dengan hanya membuat tempahan menerusi kiriman e-mel, sambil menyertakan sekali bayaran penuh wang pos ataupun pembayaran melalui kad kredit. Mudah bukan?
Ya lah, segala urusan hanya di hujung jari. Anda hanya perlu melayari setiap laman web pilihan - sambil membelek katalog barang dagangan, membuat perbandingan harga dengan laman web lain, ambil keputusan bijak dan seterusnya membuat tempahan.
Dalam tempoh sehari atau lebih barangan pilihan akan dihantar di depan pintu kediaman. Itulah keseronokan online shopping.
Menggunakan pelbagai istilah seperti kedai online, eshop, e-store, butik internet, webshop, butik online atau butik maya, budaya online shopping sememangnya menjadi trend untuk membeli belah alaf baru. Budaya membeli secara terus daripada internet bermula sejak 1990 di mana ketika itu urusan jual beli dipelopori golongan kelas atasan yang mahukan suasana lebih privasi dan eksklusif.
Tim Berners-Lee ketika itu melancarkan laman web yang boleh dilayari pengguna internet seluruh dunia walaupun ketika itu kebanyakan pengguna internet di kalangan orang atasan dan kenamaan.
Evolusi online shopping bertitik tolak pada 1994 apabila sistem perbankan melalui internet diperkenalkan, sekali gus merancakkan industri online shopping dengan tempahan makanan boleh dilakukan melalui internet. Pada 1996, strategi pemasaran tiada batasan apabila online shopping mulai berkembang. Laman web eBay muncul dengan menawarkan pelbagai barangan secara online sehingga kini.
“Saya sudah lama didedahkan dengan online shopping kerana begitu cintakan fesyen sambil mencari-cari dress terbaru dengan harga berpatutan.
“Keseronokan membeli secara online ini berbeza dengan suasana keluar shopping ke pusat beli belah ataupun butik fesyen kerana kita bebas untuk membuat pilihan, mengenal pasti harga tanpa paksaan atau gangguan jurujual.
“Selepas lama didedahkan dengan online shopping, saya sendiri membuat keputusan untuk menjadi penjual pakaian fesyen terkini untuk wanita,” kata Nurulliyana Mohd Haniff, 23.
Pemilik laman web online shopping www.uberlove-e-boutique.blogspot,com ini antara ribuan penjual online shopping di Malaysia yang menawarkan pelbagai pilihan barangan untuk dijual mengikut permintaan pasaran. Malah, difahamkan jumlah pemilik laman web sedemikian di negara ini semakin bertambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Pemilik laman web online shopping di internet menawarkan apa saja barang dagangan semata-mata untuk memenuhi dan mewarnai fenomena beli-belah cara terkini. Antara laman web yang paling ramai pengunjung mendapat perhatian di kalangan penggemar online shopping ialah fesyen pakaian dan aksesori wanita.
Laman web yang memberikan panduan untuk online shopping , www.emmagem.com adalah antara laman direktori terkenal di Malaysia yang menawarkan infromasi terbaik untuk produk terkini, berita fesyen, barangan hangat dan jaringan akses ke pemilik laman web online shopping di negara ini.
Pengendalinya, Yet Mee, berkata sambutan hebat mendorong ramai pemilik baru laman web menawarkan pelbagai produk di pasaran internet.
“Laman web emmagem.com bukanlah seperti pemilik butik online yang menawarkan pelbagai barangan di internet, sebaliknya kami lebih menjurus kepada direktori buat pengguna untuk mencari sumber maklumat dan jaringan askes untuk online shopping.
“Selain itu, laman web ini (emmagem.com) juga saling berinteraksi dengan pelayar internet yang mencari maklumat dan info berkaitan fesyen dan aksesori terhangat di pasaran,” katanya.
Melayari laman web direktori itu umpama sebuah gedung beli-belah besar yang memberi 1,001 maklumat berhubung butik fesyen dan barang jualan terkini. Apa yang menarik, pengendali laman web itu juga sentiasa memperbaharui maklumat dari semasa ke semasa, selain berinteraksi dengan pengguna internet yang meminta panduan dan informasi fesyen.
Bersediakah anda untuk ‘meninggalkan’ pusat beli-belah, pujukan jurujual, barisan panjang di mesin juruwang atau kesesakan jalan raya? Jom teroka fenomena baru online shopping yang tentunya tidak mengecewakan!